Agama adalah nasihat, kami (para sahabat) bertanya ; “bagi siapa?” Rasulullah SAW bersabda: “bagi Allah, bagi ktab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi para pemimpin orang muslim dan bagi orang awam mereka” Riwayat Imam Muslim
Nasihat bagi Allah ialah dengan mentauhidkan-Nya tanpa sebarang syirik, mengikhlaskan niat untuk-Nya, patuh kepada perentah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Bagi Kitab-Nya ialah dengan mempercayai apa yang didatangkan oleh al-Quran,melaksanakan suruhan di dalamnya dan menjauhi larangan di dalamnya.
Bagi Rasul-Nya ialah dengan mencintai baginda mengatasi barang sesuatu termasuk diri sendiri, patuh kepada perentah baginda dan meninggalkan larangan baginda, menghidupkan sunnah baginda.
Bagi para pemimpin orang Islam ialah dengan mentaati mereka selagi tidak di dalam perkara maksiat, sembahyang di belakang mereka, berjihad bersama mereka, menegur mereka apabila mereka tergelincir dari suruhan agama, Berdoa dan berharapkan kebajikan bagi mereka. Membantu mereka dalam melaksanakan kebajikan.
Bagi orang awam muslimin ialah dengan menunjukkan kepada mereka kebajikan dan mengajak mereka melaksanakan, menunujukkan kepada mereka keburukan dan mengajak metreka agar menjauhinya. Mendatangkan kebaikan untuk mereka dan mengelak mereka daripada kesulitan, membantu mereka dalm urusan dunia dan akhirat mereka,
Itulah sikap yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita, kita akan membantu , bekerja-sama di dalam kebajikan dan ketaqwaan yang dijayakan oleh muslim yang lain, termasuklah pihak pemerentah. Kita doakan kebaikan kepada para pemimpin kerana menyedari sekiranya mereka melakukan kebaikan dan keadilan, maka para rakyat akan menikmati kebaikan dan keadilan tersebut. Sekiranya mereka melakukan kejahatan dan kezaliman, maka rakyat akan menerima akibat perbuatan tersebut.
Terdapat ulama pada zaman awal Islam yang mengatakan : “sekiranya bagi aku terdapat suatu doa yang mustajab, niscaya aku akan berdoa agar Allah akan mengislahkan para pemimpin, kerana kebaikan mreeka akan dinikmati oleh orang ramai dan kejahatan mereka akan ditanggung oleh orang ramai pula:”.
Susur-Galur Pak Lah:
Pak Lah berketurunan ulama terbilang, Datuknya Syaikh Abdullah Fahim adalah seorang ulama yang mahir di dalam belbagai bidang, termasuklah dalam mengubah syair arab dan juga ilmu falaq.
Syaikh Abdullah Fahim adalah seorang ulama yang bersemangat kebangsaan, sesuai apa yang ditunjukkan dan dianjurkan oleh gurunya Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani . Terlibat di dalam usaha-usaha menuntut kemeredekaan tanah air, sehingga beliau lah yang diminta menentukan tarikh kemerdekaan bagi Negara ini oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
Sealian daripada semnagat kebangsaannya yang kental, beliau juga sangat tegas mempertahankan fahaman arus-perdana ummah ini, iaitu sebagaimana huraian ulama muktabar di kalangan ahlu as-sunnah wa al-jamaah. Di zamannya beliau berdepan dengan golongan yang anti-mazhab dan menolak huraian ulama silam, terutama di kalangan yang terpengaruh dengan aliran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Beliau menganggap golongan ini sebagai golongan khawarij..Anatar lain, beliau mencatatkan:
“(Nasihat) supaya jangan berpecah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah.Maksud mereka itu untuk mengelirukan faham orang awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu”.
Beliau menambah: “Tuan-tuan bangsa Melayu tertipu daya hasutan mereka itu dikeluarkan hokum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka ituakan masaalah yang buruk-buruk sudah terdengar kepada orang awam, harapan bangsa melayu jangan berpecah-belah sesame bangsa sendiri”.
Sehingga beliau mengatakan pula: “sesiapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu, tujuannya untuk memecah belahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia”
Kita mengharapkan prinsip dan pendirian yang sama akan diambil oleh Pak Lah, prinsip dan pendirian memperjuangkan usaha untuk memartabatkan kedudukan Islam di tanahair, membina kesatuan bangsa Melayu daripada perpecahan dan mempertahankan kesucian ajaran Islam daripada di selewengkan oleh aliran-aliran yang menyelip masuk. Kalau di zaman Syaikh Abdullah Fahim ancaman datang daripada gerakan memperkecilkan fahaman yang berpegang pada huraian ulama mazhab; maka sekarang ini terdapat aliran Islam liberal, feminism secara barat walaupun di atas nama Islam dan lain-lain faham yang menyesatkan termasuklah fahaman yang masih berbaki yang ditentang keras oleh S..yaikh Abdullah Fahim.
Sudah tentu Syaikh Abdullah Fahim berdoa untuk kebajikan zuriatnya, dan kita mengharapkan sebahagian daripada kebajikan itu akan disalurkan oleh Allah melalui langkah-langkah yang diambil oleh Pak Lah, ketika Pak Lah menjadi perdana menteri. Semoga Allah menunjukkan kita semua ke jalan yang diredai-Nya