Lailatul Qodar

berlumbalah kita wahai teman! untuk mencari malam yg paling mulia ini, malam yang terlebih baik dengan bersamaan kebajikan yang diperolehi sebanyak 1000 bulan. malam yang dikurniakan buat umat Muhammad SAW.
diceritakan oleh ali bin abdullah
menceritakan sufyan telah mengkhabarkan ssghnya dihafaz
dari az zuhri
dari abi salamah
dari abu hurairah r.anhum. dari Nabi SAW bersabda: "barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan diampunkan dosanya yang telah lalu, barangsiapa yang mendirikan solat di malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan diampunkan dosanya yang telah lalu.. [Bukhari]
perbanyakkanlah qiamullail disetiap malam diakhir Ramadhan, inilah amalan yang mulia yang disunnahkan oleh Nabi SAW kepada umatnya yang dikasihi.
diceritakan oleh qutaibah b sa3id
menceritakan isma3il b ja3far
mengkhabarkan abu suhail
dari bapanya
dari ummina Saidatina 3Aisyah r.3anha. katanya: ssgghnya RasuluLlah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada malam ganjil dari sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan". [Bukhari]
inilah gesaan Nabi SAw kepada umatnya, tanpa diletakkan hari dan waktu yang tepat, namun itulah rahsia yang membuatkan kita setiap malam tercari-cari keberkatannya. bagaikan teka teki kepada setiap muslim yang rindukan Tuhannya, yang bersusah payah bangun untuk mengharapkan keredhaan Tuhannya, menanti dan mencari dengan penuh kesabaran dan keteguhan untuk satu malam yang penuh rahmat, demi Tuhannya. Allah hu Akbar!!!
man ahabba liqoo' Allah ahabba Allahu liqoo'ahu [Hadis Bukhari] = barangsiapa yang suka untuk bertemu dengan Allah maka Allah jua suka untuk bertemu dengannya.
bertemulah dengan Allah dan berhubunglah dengannya, pohonlah rahmat kepadaNya buat diri kita dan seluruh muslimin yang lain agar beroleh kemenanagn dan keteguhan demi mempertahankan agamaNya yang semakin hari dicabar dan ditindas. semoga segala kepayahan kita ditukarkan dengan kesenangan dan kemudahan oleh Allah SWT.
firman Allah: "maka sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kesenangan, dan sesungguhnya setelah kesusahan itu ada kemudahannya". [alInsyirah:5-6]
inilah janji Allah dan sumpah Allah terhadap kita, sewajarnya kita yakini dan mengimaninya. mengapa kita lebih mempercayai kata manusia dari kata Tuhan yang memiliki sekelian alam. janganlah kita menzalimi diri kita setelah dianugerahkan iman dan Islam. Allah hu Akbar!!!
diceritakan oleh isma3il b 3abduLlah berkata
menceritakan ibnu wahab
dari yunus
ssgghnya nafi3 telah mengkhabarkan
dari 3Abdullah b 3Umar r.3anhuma. katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan". [Bukhari]
diceritakan oleh 3abduLlah b yusuf
menceritakan al laits
dari 3uqail
dari ibnu syihab
dari 3urwah b az zubair
dari Ummina Saidatina Aisyah r.a katanya: "Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan sehinggalah wafatnya SAW, kemudian beriktikaf pula para isterinya selepas Baginda SAW". [Bukhari]
diceritakan oleh 3abduLlah b abi syaibah
menceritakan abu bakar
dari abi haSin
dari abi Soleh
dari abu hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf dalam bulan Ramadhan pada sepuluh hari (yang terakhir dalam bulan Ramadan) dan pada tahun kewafatannya Baginda SAW beriktikaf selama 20 hari". [Bukhari]
inilah uzlah Nabi SAW yang patut dicontohi oleh kita sebagai umatnya, bersegeralah untuk itu. inilah contoh yang perlu diikuti oleh kita, mengapa kita mengambil kata syiekh dan tok guru yang tidak maksum dan mengenepikan sabda Rasul SAW yang dibimbingi oleh wahyu? mengapa kita meninggalkan sunnah dan membuat hal yang bidaah? mengapa kita lebih mengutamakan orang lain dari Nabi SAW yang menjadi pemimpin kita? Baginda SAW diutuskan untuk umat ini. menunjukkan segala panduan dan bimbingan yang logik.
jika kita mahu beruzlah, tidaklah perlu pergi ke hutan, menggali lubang, pergi ke gua dan lain-lain tempat. sebaliknya pergilah ke masjid sebagaimana sunnah Rasul SAW. bahkan! hal itulah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW secara jelas kepada umatnya, mengapa kita cuba menyalahi hal ini? adakah kita ditekan dan ditindas seperti negara-negara islam sekuler yang lain?. jawapannya ada pada diri kita, jalan sudah terbuka di depan mata dan tidak perlulah kita mencari alasan lain untuk berpaling darinya.
diceritakan oleh muhd b mutsanna
menceritakan yahya
dari hisyam dia berkata mengkhabarkan kepadaku
dari ayahku
dari Ummina Saidatina Aisyah r.3anha, katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan, dan sabda Nabi SAW: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan". [Bukhari]
berusahalah untuk memperolehi malam ini, berusahalah untuk mendapatkan keampunan dan rahmat dari Allah. adakah kita yakin kita akan bersua lagi di Ramadhan akan datang. fikirlah!
ZAKAT FITRAH
kewajipan membayar zakat ini adalah satu dari rukun yang perlu diambil kira oleh kita sebagai umat Islam. kita tidak perlu memandang remeh dengan bayaran ini, walaupun sedikit ia tetap mampu memberikan sedikit kelonggaran kepada mereka yang memerlukannya. begitulah keprihatinan Islam terhadap umatnya.
di samping ia dapat menyucikan hati si pengeluar zakat dari sifat tamak dan haloba, mengikiskan sifat kedekut dan bakhil dari dirinya. sebaliknya hal tersebut akan menjadikan satu pertautan yang kukuh antara sesama muslim. pertautan ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan yang kental dan tidak mampu dirobohkan, ketahuilah bahawa umat Islam itu bersaudara di bawah satu manhaj dan pegangan akidah yang kukuh.
pengeluaran harta dari si kaya kepada mereka yang miskin dan memerlukan akan menghapuskan jurang perbezaan taraf dan kedudukan yang dilarang dan diharamkan oleh Islam kepada umatnya. maka sikap permusuhan dan benci membenci antara dua kedudukan dapat dihapuskan, keadilan dan hak sama rata dapat ditegakkan apabila kasih sayang dan perasaan persaudaraan dapat diwujudkan.
maka segala kepincangan dari sudut ekonomi, politik dan sosial dengan pelbagai kejadian buruk daru perihal rausah, pecah amanah, kecurian, rompakan, pemerasan dan lain-lain akan dapat dilenyapkan dalam masyarakat kita.
diceritakan oleh abu nu3man
menceritakan hammad b zaid
mengkhabarkan ayyub
dari nafi3
dari Ibnu Umar r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah mewajibkan zakat fitrah pada setiap bulan Ramadan kepada umat Islam, iaitu sebanyak satu saa3 iaitu satu gantang kurma atau satu saa3 (gantang) gandum. Kewajipan itu dikenakan kepada keseluruhan orang-orang Islam, merdeka ataupun hamba, lelaki ataupun wanita......".
[Bukhari]
538 Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Kami biasanya mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu gantang makanan, satu gantang gandum, satu gantang kurma, satu gantang keju atau satu gantang zabib iaitu anggur kering * [Al Bukhari & Muslim]
539 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya * [Al Bukhari & Muslim]
perhatikan sebaik-baiknya, walaupun kecil peranannya tapi besar pengertiannya dari mafhum zakat ini bagi mereka yang sering berfikir dan menggunakan akalnya.
->kelebihan mujahid<-
kisah peperangan yang berlaku di bulan Ramadhan sedikit sebanyak perlu kita sebutkan agar semangat jihad dapat ditiupkan dijiwa mukmin yang percayakan hari qiamat. bulan Ramadhan bukanlah musim merehatkan badan kerana letih berpuasa dari makan dan minum, bahkan bulan ini mendidik kita agar lasak dari jihad dalam diri (rohani) dan jihad yang di luar (jasmani).
kemenangan diri menghadapi segala bentuk bujukan nafsu akan membolehkan kita mencapai kemenangan yang lebih besar. sekalipun kita kecil tapi bilangan yang besar bukanlah tanda kemenangan dan lambang kekuatan, sebaliknya hal yang sebegini perlu kita nilaikan dengan sebaik-baiknya.
mari kita perhatikan beberapa peperangan yang berlaku dibulan ini, dan kejayaan muslimin terhadap musuh-musuh Islam, antaranya ialah medan pertempuran:
1] badrul kubra, pada 17 Ramadan tahun 2 hijrah. di antara 313 mujahidin dan 1000 orang musyrikin mekah. yang dipimpin oleh Rasul SAW sendiri.
2] pembukaan kota Makkah, pada 20 ramadan tahun 8 hijrah. Nabi SAW bersama 10 ribu mujahidin menuju ke Makkah, dengan kemenangan ini maka bertukarlah kiblat utama umat Islam itu dari pencemaran berhala serta ideologi yang sesat kepada satu kesucian tauhid yang berpaksi kepada Allah semata, bermula dari detik inilah Islam mula berkembang ke pelusuk alam.
3] al qadisiyyah, pada tahun 15 hijrah. antara 30 ribu mujahidin dengan 120 ribu tentera majusi maka terhamburlah satu kata-kata yang masih diingati oleh setiap pemuda Islam yang cintakan Allah dan RasulNya dari generasi ke generasi, dari seorang utusan Islam kepada kerajaan Parsi sebelum berlaku pertempuran itu, dengan katanya: "kami datang untuk mengeluarkan seluruh manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Tuhan manusia (yang sebenar= Allah SWT). dari kezaliman agama-agama (ideologi dan manhaj yang menganiayai manusia) kepada keadilan Islam serta membebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat". Allah hu Akbar!!!
4] pembukaan Andalus Islamiyah (Spain), pada 28hb Ramadan tahun 92 hijrah. diketuai oleh panglima masyhur Tariq b Ziyad bersama 12 ribu mujahidin menghadapi seratus ribu tentera goth di bawah pimpinan Roderick, selama 8 hari mereka bertempur dan akhirnya mujahidin syahid seramai 3000 orang dan kemenangan berpihak bersama mereka. dengan jumlah 9 ribu mujahidin tersebut mereka membuka semenanjung Iberia dan mengislamkan Andalusia.
5] az zallaqah, pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 479 hijrah. antara mujahidin menentang 80 ribu tentera portugis yang dipimpin oleh alfonso ke 6. dan dinyatakan bahawa hampir ke semua tentera musuh berjaya dihapuskan.
6] ain jalut, juga pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 685 hijrah. di antara mujahidin yang diketuai oleh sultan Quthuz dan panglima perang az Zhohir Baybars dengan tentera mongol/tartar. dengan kemenangan ini menjadikan kemaraan tartar yang dianggap ya'juj ma'juj itu dapat dihalang dari terus menghentam setiap negara Islam yang lain.
7] hittin, pada bulan Ramadan tahun 584 hijrah. kisah kemenangan medan ini menyebabkan pihak tentera salib tidak lagi berani untuk cuba menyerang negara Islam. mujahidin diketuai oleh Sultan Salahuddin yang berjaya melumpuhkan kekuatan tentera salib, hampir 30 ribu orang berjaya dibunuh, ribuan lagi ditawan dan hampir 3 ribu orang berjaya diislamkan.
8] perang arab-israel, 10 Ramadan 1393 hijrah. kemenangan tentera Islam dalam menentang kemaraan israel dalam merebut terusan Suez sebagai jalan utama menawan laluan perdagangan dunia.
beginilah kemampuan mujahidin yang berpuasa di sepanjang tarikh dan sejarah Islam, demi meninggikan panji-panji jihad dan kalimatuLlah di muka bumi ini. dan inilah bukti kekuatan dan kemenangan bagi muslimin yang beriman.
diceritakan oleh yahya b soleh
menceritakan fulaih
mengkhabarkan hilal b 3ali
dari 3atho' b yasar
dari abu hurairah r.a. katanya: telah bersabda Rasul SAW: "barangsiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa dibulan Ramadhan maka adalah hak Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga, berjihad di jalan Allah dan bermukim di tanah kelahirannya, maka mereka bertanya: Ya RasuluLlah! apakah kami boleh menceritakan berita gembira ini kepada orang lain?, lantas Baginda SAW menyambung lagi: sesungguhnya disyurga itu 100 darjat ditinggikan kepada mujahidin fi sabiliLlah, antara dua darjat itu adalah bagaikan langit dan bumi, maka apabila Allah bertanyakan kamu, mintalah kepadaNYA syurga firdaus kerana ia adalah syurga yang pertengahan dan syurga yang tertinggi sekali, aku melihat di atasnya 3arasy Allah ar-Rahman dan darinya terpancar mata air anak sungai di syurga". [Bukhari]
berjihad di jalan Allah dan bermukim di tanah kelahirannya= hendaklah kita membantu saudara kita yang tergolong dalam kelompok minoriti di negara kuffar, di sinilah bermulanya tarbiyah jihad bagi diri kita. segala pertolongan perlu kita salurkan buat mereka, tidak kira di mana sahaja mereka berada...... inilah dunia Islam yang kompleks.
hayya 3alas saum wa hayya 3alal jihaad!!!
marilah berpuasa dan marilah berjihad!!!!
Allah Hu Akbar!!!
Allah Hu Akbar!!!
Allah Hu Akbar!!!
wa liLLah hil hamd!
Allahumma Solli 3Ala Muhammad Wa 3Ala Aalihil Abrar
Allahumma Solli 3Ala Muhammad Wa 3Ala Ashaabihil Akhyar
waLlah hu a3lam
intahal kalam
wassalaam.