Pesanan buat kita sebagai anak

Pesanan buat kita sebagai anak
 

Dari awal minggu lepas lagi, ayah ada memberitahu yang emak dikampung tak berapa sihat. Makan tak selera,tak boleh tidur, demam dan lemah badan, murung,keletihan dan banyak simptom lain yang membuat kami anak-anak ni susah hati. Kena pulak, kesemua anak-anak emak berada jauh dari sisinya. 2 adik saya di KL, manakala saya pula di JB. Nak ambik cuti pun, susah juga, memandangkan ketiga-tiga kami banyak menghabiskan cuti untuk hari raya yang baru lepas. Mengenai emak pulak, ayah dah bawak berjumpa doktor;swasta dan kerajaan, dah bermacam ubat dan vitamin dari doktor. Tapi keadaan emak masih tak berubah, malah semakin lemah dan tak bertenaga. Memang risau jugak mendengar khabar emak dalam situasi begitu. Lalu salah seorang dari kami anak-anak ni mencadangkan kepada ayah supaya membawa emak ke KL, bertujuan untuk mencari doktor yang lebih baik. Lagi pun kat KL ni pelbagai pakar perubatan yang ada, banyak pilihan. Anak-anak pun ada disini. Mungkin boleh bergilir-gilir ambil cuti separuh hari untuk membawa emak berjumpa doktor. Sampai saja ayah dan emak di KL pada hari Jumaat yang lepas, adik saya yang kedua mengambil cuti untuk meneman emak. Adik saya membawa emak makan-makan disalah sebuah shopping kompleks di KL ni, sambil window shopping sikit. Adik ketiga saya pulak, mengambil cuti separuh hari, untuk sama-sama menemani emak. Manakala saya pulak, turun dari JB ke KL. Bila bertemu anak menantu dan cucu tu, nampak sikit perubahan riak muka emak. Emak nampak macam bertenaga berbual dan bergurau dengan anak cucu. Dari berbual dengan anak cucu, kami kerumah bapa saudara yang mengadakan open house pada hari sabtu yang lepas. Nampak emak semakin bertenaga walaupun langsung dia tak makan ubat yang diberikan oleh doktor. Berjumpa dengan anak-anak saudaranya yang ramai, adik beradiknya yang lain, bersembang, bergurau sambil makan, nampak selera emak pun mula timbul. Kalau sebelum ni, nasi dimakan hanya sesuap dua, ini dah bertambah. Memandangkan suami ke KL atas urusan kerja dan diberikan kemudahan penginapan, saya meminta suami supaya up-grade hotel room ke apartment. Memang kami mencari bilik yang mengadap ke arah KLCC dan KL tower untuk menikmati keindahan cahaya neon diwaktu malamnya. Sengaja kami biarkan mak dan ayah relek-relek dihotel sambil bermain dengan cucu-cucunya. Disebelah petangnya pulak, turn saya pulak membawa emak jalan-jalan dan makan-makan. Sebelum keluar makan, saya asyik berpikir, kat mana saya nak membawa emak dan ayah untuk menikmati hidangan yang istimewa dan yang dapat membuka selera orang tua. Bila tanya emak dan ayah, mereka pun tak tau apa nak dimakan. Saya lagilah pening. Akhir sekali, saya membawa emak dan ayah ke KLCC. Nampak saja restoran yang agak unik, saya bertanya emak dan ayah samada nak makan atau tidak. Semuanya emak dan ayah tak nak. Dah dua tiga floor, tapi mak dan ayah masih tak nak makan. Aduhhh....Tiba-tiba emak bersuara, katanya dia nak makan donut. Terus saya mencari Dunkin Donut, dan kami sekeluarga pun duduk makan-makan sambil menjamu mata melihat pelbagai gelagat manusia disana. Dan emak pun nampak berselera menjamah donut dan kopi panas. Disebelah malamnya pulak, selepas suami habis dengan urusan kerjanya,kami membawa emak berjalan-jalan disebelah malam menikmati panorama KL. Adik-adik saya juga pun sama-sama mengambil turn membawa emak jalan-jalan, sambil membawa anak-anak masing-masing untuk sama-sama bermesra dengan maktok dan tokyah. 2 hari di KL, emak nampaknya semakin sihat, selera makan pun kian bertambah. Dan hari ini, emak dan ayah sudah pun berada di rumah saya di JB. Semalam ketika sampai di rumah saya, stok ikan ayam didalam peti sejuk tak banyak, hanya tinggal serba sedikit. Niat dihati asalnya nak ajak emak dan ayah makan diluar. Tapi emak dan ayah dah keletihan. Jadi saya pun masaklah ala kadar baki lauk yang ada didalam peti sejuk; ikan goreng, sup ayam, sardine, udang goreng dan hanya bersayurkan timun. Kesian p
ulak bila terlihat lauk tu, cincai je..,nanti terbantut pulak selera emak dan ayah.. dah lah emak selalu je tak selera makan. Tapi jangkaan saya salah, emak dan ayah nampak begitu berselera, siap bertambah makan. Emak pulak seronok dan berselera sungguh makan bersama kami anak beranak. Dan pagi ini bangun, emak nampak semakin cergas. Nyenyak tidur katanya; walaupun terpaksa berhimpit dengan cucu-cucunya, kerana semua cucu nak tidur dengan maktok dan tokyah. Dah tiga hari emak langsung tak makan ubat yang disediakan oleh doktor. Tapi Alhamdulillah, menakjubkan.., kesihatan emak semakin baik, makan berselera dan nampak bertenaga. Insyaallah, moga-moga kesihatan emak akan semakin pulih selepas beberapa hari berjumpa dengan anak cucu. Sebelum emak dan ayah datang bersama kami, saya dan adik-adik dahbercadang nak sama-sama kongsi duit mencari doktor pakar buat emak, nak bawak emak dan ayah makan di hotel atau restoran yang berjenama kat KL ni, nak bawak mak dan ayah pergi bercuti, dan pelbagai perancangan yang kami aturkan, biar habis duit sikit, asalkan emak sihat. Tapi perancangan kami anak-anak ni salah rupanya. Bukan mahal yang menjadi pemangkin kesihatan dan kegembiraan buat emak dan ayah. Kehadiran anak, menantu dan cucu disisi ketika kesihatannya terganggu adalah ubat untuk segalanya. Ketika saya membuka beg duit saya, jumlah yang saya peruntukkan untuk emak dan ayah makan itu, masih lagi terselit disana, tak banyak berkurangan. Bila terlihat bil Dunkin Donut, tak sampai pun RM20 saya gunakan untuk saya mengenyangkan perut emak dan ayah. Dari Mid Valley ke KLCC, tak ada satu barang pun emak beli, semuanya tak berkenan dihati. Tapi mukanya manis, tersenyum dan tak ada sedikit pun rungutan, malah semakin segar ketika kami duduk-duduk di kerusi rehat yang disediakan di MidValley sambil makan sandwich dan minum coffee yang harganya taksampai RM3.00. Dan niat asal nak berjumpa doktor pakar pun tak jadi, bila melihat emak semakin sihat. Hanya anak cucu yang mengambil tempat doktor pakar, adayang picit kepala, ada yang picit kaki, ada yang menjadi pakar kaunseling tak rasmi, ada yang menjadi pakar motivasi, ada yang menjadi tukang karut,ada yang menjadi penglipur lara, melihat cucu-cucunya yang kecil yangbermain,bergaduh, menangis, bergelak....So... sementara Mak & Abah kita masih ada ni, luangkanlah masa sebanyak mungkin untuk mereka... selalu2lah bertanyakan khabar mereka walaupun kita tinggal bersebelahan rumah dengan mereka...... macam kata orang Kedah... "tak habis seduit pun"... setakat nak menjengok & bertanyakan khabar berita serta kesihatan mereka.....Renungkan & Fikirkanlah Bersama.....